Monday, 16 January 2012

Dakwah secara terang-terangan

 
 Selamat pagi adik2...
Lama xjumpa rindu la....
oklah,hari ni kita sambung ag pelajaran kita...
sebab ramai yang dah sabar nak tahu kisah dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan..
sabar adik2 ye....
ok,dalam pelajaran yang dahulu teacher Tie dah  bagitahu kan tentang dakwah secara sulit,so ari ni secara terangan pulak..boleh???
ok tapi sebelum tu teacher Tie nak tanya dah makan belum ni???
pada yang belum makan tu,pergilah makan dulu..
lepas tu baru datang balik..
sebab apa,kalau perut kosong xbest ah nak belajar..
asyik ingatkan nasi je kan...
DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN..
Ini adalah salah satu tugas yang harus dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai seorang nabi kan...
sifat tabligh inilah yang membuatkan kita sekarang beragama yang mulia ini...
ok,dah boleh start ke??
ok JOM.... 
selama 3 tahun Rasulullah SAW berdakwah secara senyap dan tertutup..
pada suatu hari,Rasulullah SAW telah naik ke BUKIT SAFA dan bersuara..
Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. 
Maka semua keluarga qabilah Quraisy datang di hadapan Rasulullah SAW tau..
Adik2 nak tahu, Rasulullah mengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa, dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. maka turunnya ayat ini:

kata Rasulullah SAW lagi:
Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. 
Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!
Hebatkan Rasulullah adik2...
tapi adik2,cuba teka sape yang membantah secara terangan pada Rasulullah SAW..
tidak lain x bukan iaitu ABU LAHAB..
katanya:
Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: 

Begitulah Allah SWT mencelakakan ABU LAHAB sebagainya ia mencela Rasulullah SAW..
tetapi Rasulullah SAW tidak mengendahkan ABU LAHAB dan terus berkata:
Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari api neraka, wahai kalian Ka'ab selamatkanlah diri kamu dari api neraka, demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dari azab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku cubakannya.


Dan selepas itu, Rasulullah SAW bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkar khurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya.  
Rasulullah SAW memperingatkan hakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilai sedikit pun.
Baginda menjelaskan dengan kenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggap sebagai perantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerja yang sia-sia dan sesat semata-mata.
Haaaaa,lepas tu adik2 tahu x macamana keadaan mekah..
Seluruh Makkah menjadi berang dan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantah dan memprotes terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggap orang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat.
Dan akhirnya perwakilan mereka telah bertemu dengan ABU TALIB iaitu sape adik2??
ye..betul,iaitu bapa saudara Rasulullah SAW sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap agama baru yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Dan ABU TALIB  telah menasihatkan Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW tetap berkeras dengan agamanya dan tuhannya..
Namun, sifat terpuji yang ada dalam diri ABU TALIB walau bagaimana berta tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat Arab, tapi dia tetap sayang dan kasih pada anak saudaranya itu..
Walaupun ABU TALIB mati dalam keadaan kafir, tetapi Rasulullah SAW tetap sayang padanya..
ok lah...semua dah faham kan..
Bab ni memang agak boring sikit,kena baca je kan..
teacher Tie dah sediakan video, tapi tetap xleh buka jugak...
xpe nanti teacher Tie iktiarkan ye...
ok la adik2,jumpa lagi...dan last skali
ASSALAMUALAIKUM...













No comments:

Post a Comment

assalamualaikom..
komen la..
kritik pon xkisah..
hehehehe